Friday, July 19, 2013

Ramadhan ya Ramadhan



Andai semua harta adalah racun....
maka
zakatlah penawarnya...

Jika seluruh umur adalah dosa...
maka
taqwa dan taubat adalah ubatnya...

Jika semua bulan adalah noda...
maka
Ramadhan adalah pembersihnya...

Sama-sama kita mempertingkatkan amalan...
Moga ramadhan kali ini lebih baik jadi yang terbaik dari yang sebelumnya...

MARHABAN YA RAMADHAN...!!

Wednesday, March 6, 2013

Peluang Kedua-Komik M

hehehe..hari ni sya nak share sikit tentang komik yg sya baca...kalau rajin tggu dlu & baca yew..:-)



*peluang dalam 'hidup' aku hanya dua...sama ada ia 'muncul' ataupun 'tidak'!

-"Sebelum ajal kau muncul pada buku lima aku, lebih baik kau berambus!"

*definisi  'hidup' aku pula...adalah kosong!

-"Ada aku kisah? Heh!"

-"Tak guna! Bhutet! Ajar dia!"   

*Manakala erti 'kehidupan' bagi aku...adalah tidak lebih daripada hanya sekadar 'sampah'!

-"Lembik! Belum makan nasi, ya?"

*Biarpun begitu, aku sering mengimpikan 'peluang' itu segera muncul. 
*Walaupun pengharapan ini ibarat mengira bintang di langit.
*Namun aku pasti suatu hari nanti...

-"Alamak!"

*...'peluang' itu akan muncul.
*Tetapi 'peluang' itu mungkin sukar untuk aku temui. 

-"Aarghh! Tak adillah main pukul curi!"

-"Sekali lagi kau kacau kawasan kami, nahas kau kami kerjakan!"

*Seandainya aku 'celik' kembali...

-"Abang tidak apa-apa abang?"

-"Arghh...pari-pari dari syurgakah ini?"

*...aku mengharapkan ia bukanlah satu 'mimpi' lagi, kerana 'kehidupan' seperti ini begitu 'membosankan'...

-"Aargh!"

-"Baguslah awak sudah sedar. Sudah dua hari awak tidak sedarkan diri. Awak tercedera sedikit. Tetapi                        jangan risau, saya sudah rawat luka awak itu. Sedikit masa lagi, luka awak akan sembuh. Emmm, tidak manis sekiranya awak terus berada di sini. Lagipun saya tidak kenal awak dan kita bukan mahram."

-"Errr...tumpang tanya, mak cik. Saya berada di mana sekarang?"

-"Mak cik?!"

-"Warghh!"

-"Buat masa sekarang, awak tinggal di sini dahulu. Ini pakaian untuk awak buat dua tiga hari lagi. Lagi satu saya mahu ingatkan. Saya bukan mak cik awak ya! Panggil saya cik ataupun lebih tepat, Cik Ainaa. Faham?"

-"Ahhh! Garanglah mak cik...eh, Cik Ainaa! Awak boleh panggil saya Choppy. Ataupun lebih tepat, Abang Choppy! Hehehe!"

-"Bukankah lebih elok awak guna nama sebenar awak, Yusof. Lebih afdhal dengan nama nabi yang kacak. Tetapi awak...Sudahlah! Malas saya hendak melayan karenah awak." 

-"Alamak! Bermakna dia sudah tengok MyKad aku? Malunya!...Eh? Rumah Anak-anak Yatim Al-Attas? Di manakah aku sedang berada sebenarnya?"

-"Assalamualaikum."

-"Waalaikumusalam."

-"Abang sudah sedar? Alhamdulillah. Nampaknya abang semakin sihat. Saya Hafizah. 

-"Eh?"

-"Abang, mari ikut Hafizah! Cepatlah! Hafizah mahu kenalkan abang pada seseorang. Abang, cepatlah! mari ke sini!"

-"Perasaan ini...seperti...Mengapa dengan aku ini?"

-"Abang, kenalkan ini kawan-kawan Hafizah."

-"Assalamualaikum. Salam perkenalan."

-"Waalaikumusalam. Saya Irfan."

-"Saya Nazrey."

-"Saya Afiq, adik Nazrey."

-"Saya Aman. Hehehe!"

-"Salam perkenalan! Saya Jannah. Abang ini kacaklah!"

-"Dia abang angkat Hafizah! Sudah! Pergi main jauh-jauh."

-"Semenjak abang datang ke sini, perangai Kak Ainaa pelik sedikit. Dia semakin garang. Dahulu dia tidak begini."

-"Biasalah, perempuan memang adakalanya begitu. Nanti dia okey-lah seperi biasa."

-"Alamak! Kak Ainaa!"

-"Sesi suai kenal tamat di sini. Kamu semua pergi bersiap. Nanti solat maghrib sama-sama. Cepat! Orang suruh berehat, dia bersuka ria pula dengan budak-budak. Ooo! Sudah sihat ya? Mari saya uji sedikit."

-"Lari! Selamatkan diri!"

-"Ehem! Budak-budak kecil semua sudah bersiap sedia ke surau. Budak besar yang seorang ini pula bagaimana? Haaa! Apa kata awak sahaja yang uruskan budak-budak itu solat berjemaah dan jadi imam?"

-"Eh! Saya? Errr...errr...mengapa saya?"

-"Eh?"

-"Adik-adik, sila rapatkan saf dan penuhkan saf di hadapan. Ia bukan sahaja mampu mengeratkan silaturahim, malah mencegah iblis berada di sisi kita sewaktu solat. Hmmm? Assalamualaikumwarahmatullah...Assalamualaikumwarahmatullah."

-"Abang..."

-"Eh? Irfan!"

-"Errmm...ke mana pula hilangnya si Irfan? Aman, mana Irfan?" 

-"Ti...tidak tahu, Kak Ainaa. Tadi semasa di surau, dia ada."

-"Faham apa yang abang ajarkan tadi berkenaan 'idgham bila ghunnah'?"

-"Faham. Terima kasih, abang."

-"Irfan! Kamu pergi mana? Kak Ainaa dan kawan-kawan kamu menunggu untuk makan malam!"

-"Ma...maaf, Kak Ainaa. Irfan...irfan..."

-"Si Irfan ini tadi minta saya tolong ajarkan dia mengaji."

-"Buat pengetahuan awak, di sini segalanya berkenaan disiplin."

-"Sekiranya hal disiplin sekalipun, tidak perlulah terpekik terlolong pada budak ini."

-"Sekiranya terjadi apa-apa pada budak ini, siapa mahu tanggung?"

-"Bukannya dia buat perkara yang tidak baik. Lagipun saya ada tengok-tengokkan dia."

-"Lain kali beritahulah awal-awal. Bukannya menyusahkan saya seperti ini. Sudah! Cepat! Semua sedang menunggu awak berdua di meja makan. Sebagai denda, awak berdua basuh pinggan mangkuk selepas makan!"

-"Sudah, jangan menangis. Lelaki tidak elok menangis. Baiklah! Kali ini giliran siapa baca doa makan?"

-"Nazrey!"

-"Ya, Nazrey! Sila tampil ke hadapan bagi membaca doa. Berusahalah, Nazrrey!"

-"Erk! Orang macam ini pun masih wujud?"

* Selepas semua beredar...

-"Awak, berkenaan hal tadi..."

-"Tidak mengapa. Salah saya juga tidak beritahu awak. Mungkin kedatangan saya di sini banyak menyusahkan awak. Esok ataupun lusa saya akan beredar. Saya pun semakin sihat, alhamdulillah."

-"Mengapa? Mengapa hati ini serba salah? Apa erti degupan jantung yang pantas ini? Aku yang dahulunya membenci, tetapi..."

-"Abang, cantik ataupun tidak singa yang Afiq lukis ini?"

-"Wah! Cantiknya! Pandai Afiq melukis. Tetapi sekiranya Afiq buat begini...hehehe!"

-"Wah! Lagi cantik! Eh? Ini seperti..."

-"Eh?"

-"Apa kena dia ini? Tiba-tiba sahaja?"

-"Kak Ainaa semakin peliklah."

-"Cukuplah mengajar budak itu benda yang bukan-bukan. Buatlah benda yang lebih berfaedah!"

-"Mari Afiq, kita melukis di tempat lain. Di sini ada 'singa'."

-"Singa comel. hehehe!"

* Suka ataupun tidak...hari ini mesti dilalui.

-"Mengapa aku rasa begitu berat mahu meninggalkan tempat ini?"

* Apa yang pasti...semuanya akan tamat di sini.

-"Lama-kelamaan aku pasti dapat melupakan tempat ini. Aku mesti pergi!"

-"Baiklah adik-adik, hari ini...eh!"

-"Emmm...awak, maaf mengganggu. Saya pergi dahulu. Selamat tinggal. Assalamualaikum."

-"Hei! Beginikah balasan kepada orang yang menyelamatkan awak? Oh! Lupa pula saya. Kaki pukul seperti awak tidak tahu erti berterim..."

-"Terima kasih! Sebenarnya Kak Ainaa, abang ini tercedera kerana menyelamatkan Hafizah daripada diganggu penjahat tempoh hari. Maaf sebab tidak beritahu sejak awal. Hafizah tahu, Kak Ainaa pasti akan marah. Abang ini tidak bersalah. Hafizah yang bersalah! Abang, tolong jangan pergi!"

-"Hafizah, bukankah abang sudah cakap jangan umgkit hal ini. Abang tidak kisah andai nyawa abang tergadai sekalipun. Namun yang penting sekarang. Hafizah tidak apa-apa, bukan? Awak...di sini, takdir menemukan saya erti 'hidup' yang lebih bermakna. Selama ini erti hidup buat saya tidak lebih sekadar kekosongan. Di sini saya amat gembira walaupun seketika. Mereka di sini perlu disayangi kerana kasih sayang mereka terpaut pada awak sahaja. Saya bukan mahu mengajar awak. Hakikatnya, tiada beza antara saya dan budak-budak di sini...dan saya lebih mengerti perasaan mereka. Maaf, assalamualaikum."


* Kegembiraan ini ibarat pepatung. Terbang dan jelajahilah alam indah ciptaan yang Maha Kuasa ini seadanya...kerana hayatmu hanyalah sehari. 




 





Saturday, February 16, 2013

Frenzship



How FRIENDSHIP break? The friend will think the other is busy...and will not contact, thinking maybe its disturbing...as time passes, they will think let the other contact...after that each will think why i should contact first?...here your love will be converted to hate...Finally without contact, the memory becomes weak...they forget each other...So, keep in touch, i don't want to be one of this kind...So, here i'm sending a message to you..:-)
To say, Dear friends, i'm fine here, PLEASE KEEP IN TOUCH...luv all

Sunday, February 3, 2013

ByE


Maka bertolak lah bdk ni ke ipoh utk flight ke sarawak pagi ni....

terpaksa sya dikejutkan bgun awal2 pagi utk 'memerhatikan' bdk2 ke sekolah...

yew la...xkan nak bgun saja kan..hahaha sya trus la bkak laptop ni...

smbil layan fb smbil mkn2...hahaha tmpat yg baik utk mkn..:-)

lpas ni sya nak smbung tdo la...qada' tdo pagi tdi..hehehe :p


*ha..dia ni jgk xblik raya tahun ni*






KeCewa~


bengang ngan sikap sesetengah orang yang langsung xbersungguh-sungguh memahami apa yang orang lain rasakan...

rasa cam diri ni xberguna jew layan apa yang diorang katakan...smpai satu pon yang kita katakan xdiambil kesah & serius langsung...

benda yang kita anggap serius pon boleh dianggap main2 ngan diorang...

baik xpayah berkata-kata langsung daripada menyakitkan hati kita...nak marah nanti kata kita ni kuat marah lew..panas baran lew..tpi sapa yang xpanas ngan sikap cam tuuu..!!

lantak lah diorang happy ngan sikap diorang...smpai satu tahap nanti biar diorang rasa blew kwn yang diorang kwn ak berkata jgk kat diorang cam 2...

baik diam jew daripada layan karenah yang ntah pape....tambah dosa jew daripada benci2 smua tuu..

*harap2 dapat sabar ngan diorang*





Thursday, January 24, 2013

mY nEw CraFt


Angry zorro...hahaha
awning gigurl..hahaha








Wednesday, January 2, 2013

Cuti2 2012..~


haha...msok ni dah setahun sya xbkak blog ni..hihi.....so ni nak cter skit tntg percutian sya slama...hehe sehari kat teluk batik...walupon hnya sehari tpi amat syok bgi sya sbb dah lma sya xbercuti di tmpat org tau...!


tmpatnya sejuk..depan chalet sya da laut...mlm2 tdo memang syok sbb smbil tdo boleh dgr bunyi ombak....blik sya pon da "air con" so memang lena mlm 2...hahaha.....pape pon 2 ja sya nak kta...nti ble2 kalu sya rajin sya akan update lgi di sni....as'salam..:-)




ni la chalet sya...hehe...kcik ja..comei kan...:p